Skip to main content
DARUL MUKMIN MALAYSIA
  • Utama
  • Ahli Majlis Tertinggi
  • PERAWAT RAWATAN ISLAM MDMM
  • Semasa
  • Keahlian
  • Hubungi Kami

TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA

September 28, 2018 at 8:35 pm, No comments
Tujuh petala bumi
Tujuh petala langit
Dari gunung ke lembah curam
Dari sungai ke lautan bergelombang
Kembara adalah setia pada sumpah
Kemenyan dan setanggi adalah penyeri kehadiran kita
Warisan berkurun dari Dato Laksamana
DIMANA BUMI DIPIJAK DISITU LANGIT DIJUNJUNG

Sumpah pendekar... 
Pantang undur walau setapak 
Pantang maut sebelum ajal 
Pantang derhaka pada titah 
Pantang keris dipinggang kalau tidak berani mati

Berdentum guruh dilangit
Merkah bumi dipijak, "PENDEKAR TAKKAN UNDUR SETAPAK"
Pulangkan pamor pada kerisnya
Pulangkan sireh pada gagangnya
pulangkan mahkota pada takhtanya
Pulangkan cokmar pada laksamana
pulangkan langkah pada gelanggang
Pulangkan sumpah pada pendekar
Pulangkan rohani pada jasmani
Pulangkan bangsa dan martabat
Sumpah bukan hanya dibibir
"GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG"

Bumi warisan ini
"TANAH TUMPAH DARAH KITA"
Masih menuntut semangat yang belum tertunai
Pribumi bukan sekadar gelaran tanpa makna
Kita adalah anak watan
Darah yang mengalir ditubuh kita
Semerah darah si Jebat yang tumpah di bumi Melaka
Semerah darah si Jebat yang terlekat di Taming sari
Semerah darah si Jebat yang tercalit di kening Hang Tuah
Semerah darah Hang nadim yang terhumban di lautan Temasik
Dan kita pun masih di sini.
Mendepani hari-hari yang semakin mencabar
keutuhan tekad yang kental
Sumpah keramat seorang pendekar
"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA"

No comments

Leave a reply







Recent Posts

  • HEBAHAN RASMI
    11 Oct, 2018
  • MAJLIS SILATULRAHIM & PENGIJAZAHAN ILMU PERISAI DIRI BESAR-BESARAN
    7 Oct, 2018
  • STICKER MAJLIS DARUL MUKMIN MALAYSIA
    5 Oct, 2018
  • PEMAGARAN SEKOLAH TADIKA PERODUA RAWANG.
    29 Sep, 2018
  • IKHTIAR RAWATAN ISLAM
    28 Sep, 2018
  • TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA
    28 Sep, 2018
  • SENARAI 114 SURAH
    28 Sep, 2018
Created with Mozello - the world's easiest to use website builder.

Create your website or online store with Mozello

Quickly, easily, without programming.

Report abuse Learn more